Make your own free website on Tripod.com
Home | Apa Itu Takaful | Ikhlas Savings | Ikhlas Education | Q & A | Hubungi Kami

Insurans Islam (Takaful)

Q & A

1. Siapa yang boleh menyertai pelan takaful ini?

Semua warganegara Malaysia dan kelayakan umur adalah berdasarkan jenis pelan yang ingin diambil.

2. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?

Sumbangan anda bergantung kepada umur, tempoh penyertaan dan jenis pelan yang anda ambil.

3. Bagaimanakah cara membayar sumbangan kepada Takaful Ikhlas?

Anda boleh memilih untuk membayar secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan, sama ada melalui kad kredit, debit terus (autodebit), arahan bank (standing instruction), cek atau tunai. Bayaran sumbangan mestilah dibayar sepanjang tempoh sijil.

4. Apakah proses yang perlu dilalui untuk menyertai Pelan takaful ini?

Anda perlu menghubungi kami untuk mendapatkan sebutharga samaada melalui telefon, hp atau email. Untuk memberikan penjelasan dengan lebih terperinci mengenai pelan yang anda ingin ambil serta sebut harga yang telah diberi, pertemuan akan diaturkan. Kemudian isi boring penyertaan beserta cara pembayaran.

5. Bilakah perlindungan Takaful Ikhlas akan bermula?

Perlindungan akan bermula setelah syarikat meluluskan permohonan penyertaan anda bersertakan sumbangan.

6. Kenapa saya memerlukan Takaful Pendidikan (IET)?

Dengan menyertai Takaful Pendidikan anda telah menyediakan satu tabungan pendidikan untuk anak-anak. Ini suatu tindakan yang sangat bijak memandangkan kos pendidikan yang semakin meningkat pada masa kini.

7. Siapakah yang layak untuk Anugerah Kecemerlangan?

Anak-anak yang telah menyertai pelan ini sekurang-kurangnya 3 tahun, dan telah lulus cemerlang di dalam peperiksaan penting iaitu: UPSR dengan 5A, PMR dan SPM/SPMV dengan memperolehi minimum 7A. Anak-anak ini akan menerima RM100 bagi setiap A tersebut.

8. Kenapa saya perlu menyertai Takaful Simpanan (IST) sekarang?

Anda perlu menyertai pelan ini sekarang sebagai melaksanakan tugas anda sebagai seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga tercinta.
Ia merupakan persediaan dari segi kewangan seandainya satu musibah menimpa diri anda.

9. Apakah skop persediaan kewangan tersebut?

Skop persediaan kewangan tersebut adalah dari segi melangsaikan hutang, perbelanjaan kos perubatan (sekiranya mendapat keilatan kekal), perbelanjaan pengkebumian, perlindungan untuk keluarga yang ditinggalkan.

10. Apakah faedah yang saya dapat sekiranya tidak ditimpa musibah?

Apabila sijil anda matang, anda akan menikmati wang simpanan anda beserta perkongsian keuntungan (Mudharabah).

11. Bolehkah saya membuat sebarang pengeluaran di sepanjang tempoh penyertaan? Adakah apa-apa bayaran yang akan dikenakan?

YA, anda boleh membuat pengeluaran setelah sijil anda berusia 5 tahun. Pengeluaran adalah sebanyak 3 kali sahaja dengan kadar 30% (Takaful Simpanan) atau 50%( Takaful Pendidikan) daripada jumlah simpanan semasa. Syarikat ada mengenakan bayaran pengurusan sebanyak RM15 bagi tujuan ini.

Ikhlas Consultant & Services